Breaking News

[Kota Kemuning, 29 Ogos 2008]: Seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning telah menerima satu berita yang menggemparkan pada pukul 7.20pagi.

Menurut salah seorang pelajar yang ditemu ramah, kelas yang sering dikaitkan sebagai "Kelas Terbaik" di sekolah tersebut (kononnya), iaitu 5 Sains 1, telah hilang lenyap begitu sahaja.

Seramai 33 pelajar yang sememangnya gila-gila sedikit tidak muncul di sekolah pada masa tersebut. Warga sekolah lain mengesyaiki bahawa 33 pelajar tersebut telah diculik oleh objek-objek yang meyerupai UFO.

Walau bagaimanapun, terdapat 3 pelajar yang bernasib baik dan sempat melarikan diri daripada diculik. "Mereka bukan diculik, tetapi melancong ke dunia-dunia lain yang dinamakan seperti Dunia-Biologi, Dunia-Kimia, Dunia-Fizik, Dunia-Sejarah dan sebagainya,"kata seorang pelajar yang masih muncul di sekolah pada masa kejadian, iaitu Min. Kebenaran kata-kata pelajar ini sebenarnya belum dipastikan lagi dan tidak boleh dipercayaai 100% kerana pelajar ini gila-gila sedikit juga. (dia pernah mengatakan bahawa dia ingin "Jump over the rainbow and shave my head").

Hari ini telah dikatogerikan sebagai hari bersejarah bagi SMKKK. Hal ini turut boleh menjadi satu rekod yang boleh diagung-agungkan. Kelenyapan pelajar tersebut menyebabkan ratio pelajar-yang-hadir : pelajar-yang-hilang menjadi 1:12. Satu angka nombor yang menakutkan.

Beberapa pelajar yang hilang telah ditemui semula di Dunia-Internet pada masa ini. Malangnya, salah satu daripada mereka seolah-olahnya telah diracun oleh UFO yang menculiknya. Otak pelajar ini menjadi sedikit bermasalah kerana dia sedang menaip di blognya dengan Bahasa Melayu Bahasa Malaysia tanpa sebab. "Saya bukan diracun oleh UFO tetapi diracun oleh Buku Teks Sejarah,"katanya.

Bolehkah kata-kata budak gila ini dipercayai?

Saya pun tak tau.

Kerana budak ini berasa sangat mengantuk dan tidak mahu ditemu ramah oleh diri sendirinya lagi.

O_O v

Comments